Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Polis rejim Zionis memaklumkan kematian rabbi radikal dalam serangan lelaki bermotorsikal semalam. Yehuda Glick, 50 tahun ditembak di hadapan Pusat Warisan Menachem Begin dalam satu upacara keagamaan Israel.
Sumber Israel memaklumkan Yehuda cedera parah dalam serangan tersebut sementara penyerang telah melarikan diri ke Utara al-Quds. Sementara itu sumber yang lain menyatakan kemungkinan penyerang tinggal di kawasan jajahan Israel di al-Quds.
Dalam upacara tersebut, beberapa orang anggota kabinet Israel termasuk anak saudara isteri Benjamin Netanyahu berada di tempat kejadian.
Jurucakap polis, Mickey Rosenfeld berkata pihaknya telah berusaha mencari dalang kejadian.
Polis Zionis berkata serangan terjadi sebelum upacara berlangsung dan mesyurat tergempar kejadian ini diadakan sejurus insiden terjadi.
Yehuda Glick dikatakan seorang rabbi radikal Yahudi yang cuba menayangkan filem mengenai Palestin sebagai ancaman yang dahsyat bagi Israel dalam upacara tersebut.
Glick juga merupakan salah seorang anggota keselamatan Jabal al-Haikal yang berusaha mempengaruhi Yahudi agar memusnahkan Masjidil Aqsa.
Rabbi ini juga selalu mengepalai penunjuk perasaan Yahudi agar berarak menuju ke Masjidil Aqsa dan menyerang penjaganya.













