31 Oktober 2014 - 18:13
Wanita didakwa cuba kahwin anggota IS

Ummi Khalsom, 25 tahun didakwa di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan cuba menggotai kumpulan pengganas IS

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Wanita berusia 25 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Seksyen atas pertuduhan cuba menjadi anggota pengganas Negara Islam (IS).

Ummi Khalsom Bahok, 25, didakwa cuba memberikan dukungan kepada IS dengan mengambil penerbangan Airasia dari KLIA2, Sepang ke Brunei dan melanjutkan perjalanan ke Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan anggota pengganas tersebut, Aqif Huessin Rahaiza.

Dia seorang penolong pegawai kredit tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen Balai Perlepasan Antarabangsa KLIA2, pada pukul 5:20 pagi, 5 Oktober 2014.

Sekiranya sabit kesalahan Ummi Kalsom boleh dihukum di bawah Seksyen 130J mengikut Seksyen 130J9(1)(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511.

Hukuman penjara tersebut tidak lebih dari setengah penjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan rampasan mana-mana harta yang telah digunakan, atau diniatkan untuk kegunaan melakukan kesalahan tersebut.

Tiada pengakuan direkodkan bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan tarikh 20 November untuk sebutan bagi membolehkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim juga tidak membenarkan jaminan kerana tiada peruntukan untuk itu dan dia akan ditahan sehingga menunggu perbicaraan selesai.

Sepanjang prosiding, Ummi Khalsom yang bertudung labuh dan berjubah hitam kelihatan tenang dan mengangguk tanda faham atas pertuduhan yang dibicarakan jurubahasa mahkamah.

http://www.abna.ir/cache/image/2014/10/31/6effee9c8365ad40e4e01d03e8650fdd.jpg



UMMI Kalsom Bahak, 25, (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Sepang hari ini selepas didakwa atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam (IS) pada 5 Oktober lalu. - Foto Mohd Fadli Hamzah