24 November 2014 - 10:07
Kuasa Barat peralat ISIS untuk samun negara Islam

"Kita perlu bersatu memerangi pengganas Takfiri," - Mufti Besar Azerbaijan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Mufti Besar Russia Allahshukur Pashazadeh berkata, "Dunia Islam berada dalam bahaya besar akibat Takfiri. Gerakan ini menjadikan negara-negara Islam berada dalam kancahb peperangan. Hari ini ISIS telah wujud dan kita tidak boleh biarkan kegiatan kumpulan ini. Pihak Barat mewujudkan kumpulan ini untuk menyamun negara Islam."

Beliau berkata demikian dalam Kongres Antarabangsa Takfiri Dan Ekstremisme Dalam Pandangan Ulama yang berlangsung Qom hari ini.

Mufti Azerbaijan ini juga menganggap tindakan pengganas Takfiri bertentangan dengan ajaran Islam dan berkata, "Hari ini leher umat Islam disembelih dengan slogan Allahuakbar dan yang lebih bahaya ialah musuh Islam bersatu untuk mencegah pengaruh Islam di seluruh dunia. Banyak tempat-tempat suci umat Islam telah dimusnahkan oleh Takfiri. Oleh itu hita hendaklah saling bekerjasama demi memerangi pengganas Takfiri."

Allahshukur Pashazadeh di akhir wawancara dengan pemeberita berkata, "Kita di Azerbaijan melihat model perpaduan Islam yang patut dijadikan teladan bagi dunia Islam iaitu dasar politik yang telah diasaskan oleh Imam Khomeini."

Kongres Antarabangsa Gerakan Ekstremisme Dan Takfiri Dalam Pandangan Islam berlangsung sejak kelmarin telah dihadiri lebih dari 600 ulama dan mufti dari seluruh dunia.