Menurut laporan Areeb Majeed, 23, akhirnya berjaya kembali ke tanah air melalui Turki. Dalam soal siasat pihak berkuasa, dia mengaku ditugaskan sebagai buruh kasar termasuk mencuci tandas yang digunakan militan.
Areeb bersama dengan tiga pemuda lain, Fahad Shaikh, Saheem Tanki dan Amaan Tandel dari Kalyan, daerah Maharashta Thane berhijrah ke Iraq untuk meyertai kumpulan militan, kata penyiasat. Bagaimanapun kejayaan Areeb melarikan diri ke Turki masih menjadi tanda tanya.
Menurut polis, empat pelajar jurutera ini telah dihasut dalam internet dan berlepas ke Baghdad bersama 22 jemaah penziarah ke tempat-tempat suci di Iraq. Namun pasukan perisik berjaya memintas salah satu panggilan telefon yang meminta keluarga mereka untuk mendapatkan bantuan kerajaan supaya dapat kembali ke India.
Pada 26 Ogos, Shaheem menelefon Dr. Majeed dan memaklumkan anak lelakinya telah syahid manakala laman sesawang kumpulan pengganas Anwarul Tawhid yang kini sudah tidak aktif turut mengistiharkan kematian Areeb.
Pegawai perisikan India sebelum ini telah memberi amaran tentang kumpulan pengganas ISIS yang merekrut golongan muda melalui internet di negara yang dihuni populasi kedua terbesar umat Islam itu.
3 Disember 2014 - 01:07
News ID: 655615
Seorang pelajar jurutera dari Mumbai menempuh detik-detik ngeri apabila diarah menjadi tukang cuci tandas selama enam bulan bersama pengganas ISIS.