15 Disember 2014 - 11:44
Apakah nasib yang menimpa penziarah yang hilang?

Konsulat Republik Islam Iran biaya kos perjalanan penziarah yang hilang ke sempadan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Festival kedukaan Arba'in sudah berakhir, namun hingga kini masih terdapat kes kehilangan penziarah dan dokumen perjalanan di kalangan rombongan-rombongan

Sebab utama yang dikesan ialah tiadanya tempat persinggahan yang tetap di mana ada penziarah mengunjungi Karbala secara bersendirian dan berkumpulan tanpa mengetahui di manakah mereka akan menginap.

Konsulat Republik Islam Iran kini mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengurangkan masalah kehilangan penziarah dengan menyewa bas dan tiket keretapi untuk membawa warga tua dan penziarah yang hilang ke sempadan Iraq-Iran.

Salah seorang pegawai konsulat dalam wawancara dengan wartawan ABNA berkata, "Dengan pembiayaan konsulat dan penyelarasannya, mereka ini diserahkan ke pegawai keselamatan di sempadan secara percuma."

Menurut beliau lagi, tahun ini khemah Bulan Sabit Merah dan ATM telah ditempatkan sebagai inisiatif memudahkan para penziarah menemui kembali rombongan mereka.

Pengalaman para penziarah Arba'in tahun ini menunjukkan iklan-iklan dan maklumat tidak tepat telah mengundang kesulitan serta bahaya kepada para penziarah.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan kem penziarah yang hilang berhampiran Konsulat Iran di Karbala.

...............