26 September 2016 - 17:40
Dua Dilaporkan Cedera Dalam Kejadian Tembakan Di Luar Pasar Raya Berhampiran Paris

Dua orang dilaporkan cedera di dalam kejadian yang berlaku di luar sebuah pasar raya yang terletak berhampiran dengan ibu negara Perancis, Paris. Setakat ini tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa insiden di barat Perancis adalah itu adalah satu tindakan keganasan.

Foto menunjukkan pemandangan pasar raya Port-Marly berhampiran Paris, lokasi di mana kejadian dilaporkan berlaku pada 26 September 2016.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Dua orang dilaporkan cedera di dalam kejadian yang berlaku di luar sebuah pasar raya yang terletak berhampiran dengan ibu negara Perancis, Paris. Setakat ini tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa insiden di barat Perancis adalah itu adalah satu tindakan keganasan.

Pegawai polis berkata bahawa seorang lelaki yang mungkin berusia dalam lingkungan 60 tahun, mencederakan dua orang mangsa selepas dia melepaskan tembakan ke arah juruwang dan pelanggan sebelum melarikan diri.

Media tempatan berkata, kejadian itu bermula sekitar 11:45 waktu tempatan di Port-Marly, sebuah kawasan pinggir bandar yang terletak di barat Paris. Mereka berkata, kedua-dua mangsa yang telah dipindahkan dengan segara ke hospital, mengalami kecederaan serius.

Menurut sumber, suspek dilaporkan berlindung di dalam sebuah bangunan berhampiran dan sepucuk pistol juga ditemui di dalam keretanya.

Tiada tanda-tanda bahawa kejadian tembakan ini berkaitan dengan tindakan keganasan. Media tempatan juga melaporkan bahawa pihak polis sebelumnya telah
mengenali suspek berikutan rekod keganasannya yang lepas. Suspek juga dilaporkan telah mendiami kawasan kejiranan tersebut semenjak setahun yang lalu.

Perancis masih berada di dalam keadaan berjaga-jaga sejak Januari tahun 2015. Negara Eropah tersebut telah menyaksikan beberapa siri serangan pengganas sejak tahun lalu. Kumpulan pengganas Takfiri dari Timur Tengah telah mendakwa diri mereka sebagai bertanggungjawab ke atas sebahagian besar daripada kejadian keganasan tersebut.

Berpuluh-puluh orang terbunuh di Paris pada November 2015, manakala 86 orang kehilangan nyawa mereka dua bulan lalu apabila sebuah trak merempuh ke arah
orang ramai di sebuah pusat peranginan yang terletak di selatan di Nice.