30 September 2016 - 07:07
A.S Akan Pertingkatkan Keupayaan Tenteranya Di Rantau Asia Pasifik: Carter

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Ashton Carter mengatakan A.S akan mempertingkatkan keupayaan tenteranya di rantau Asia Pasifik di sebalik kebimbangan negara tersebut terhadap penambahan kekuatan angkatan tentera China di rantau itu.

Carter dilihat memberikan ucapan kepada kelasi A.S di atas USS Carl Vinson di San Diego. Foto AP

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Ashton Carter mengatakan A.S akan mempertingkatkan keupayaan tenteranya di rantau Asia Pasifik di sebalik kebimbangan negara tersebut terhadap penambahan kekuatan angkatan tentera China di rantau itu.

"A.S akan meningkatkan keupayaan tenteranya supaya kita kekal sebagai sebuah kuasa tentera yang terkuat di rantau ini," kata beliau ketika memberikan ucapan kepada tentera laut A.S di atas kapal pengangkut USS Carl Vinson di San Diego.

Janji itu dilihat oleh pemerhati sebagai langkah A.S untuk memberikan jaminan kepada sekutunya di rantau tersebut yang bimbang terhadap pengngkatankeupayaan dan kehadiran tentera China di Asia Pasifik.

Setiausaha Pertahanan negara polis dunia itu juga menambahkan ketegangan di rantau itu dengan mengkritik China secara terang-terangan kerana membina pulau buatan manusia di kawasan yang dipertikaikan oleh negara-negara serantau. Beliau menambah dengan menuduh China kadang kala bertindak agresif terhadap negara-negra jirannya.

Ucapan Carter itu disampaikan menjelang persidangan keselamatan yang akan berlangsung di Hawaii pada Jumaat ini di mana beliau akan menemui rakan sekerjanya dari sepuluh negara yang menganggotai pertubuhan ASEAN.

A.S bukanlah anggota pertubuhan tersebut tetapi negara itu dilihat sedang mencuba untuk membentuk kerjasama dengan negara-negara anggota untuk menyekat pengaruh China di rantau tersebut.