Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran telah memanggil Arab Saudi dan UAE untuk berhenti daripada terus menggunakan simbol-simbol agama Islam dalam mencapai obejktif-objektif remeh mereka setelah rejim Riyadh mendakwa bahawa Yaman telah menyasarkan bandar suci Mekah di dalam sebuah serangan peluru berpandu. UAE juga menggunakan perkara itu untuk menuduh Iran mempersenjatai pasukan bersenjata Yaman.
"Dakwaan bahawa serangan peluru berpandu Yaman ke atas Mekah adalah mengarut," kata jurucakap kementerian luar Iran, Qassem Bahrami pada hari Jumaat.
Beliau menggesa para pegawai kedua-dua negara Arab yang terlibat dalam kempen mengebom Yaman itu supaya tidak menggunakan kaedah yang berbahaya ini dalam rangka menutup kegagalan polisi-polisi mereka.
"Orang-orang Yaman lebih beragama daripada orang-orang Wahhabi dan pemerintah mereka yang bergantung kepada A.S dan Israel," kata beliau lagi.
Tentera Yaman dan sekutu mereka telah melancarkan peluru berpandu Borkan-1 (Gunung berapi) ke arah lapangan terbang antarabangsa Raja Abdulaziz yang terletak 19 kilometer dari bandar Jeddah. Laporan itu dibuat oleh rangkaian televisyen al-Masirah.
Sebuah sumber daripada pihak tentera telah mengatakan kepada agensi berita Saba bahawa peluru yang mempunyai kepanjangan sebanyak 12.5 meter itu telah mengenai sasaran dan mennyebabkan kerosakan yang teruk di lapangan terbang itu.
Media massa Saudi walaubagaimanapun menyangkal berita itu dengan mendakwa bahawa peluru tersebut telah dipintas dan dimusnahkan sebelum tiba ke sasaran. Mereka juga mendakwa bahawa sasaran peluru berpandu itu adalah bandar suci Mekah.
Peluru itu dikatakan telah dilancarkan pada jam 9.00 malam hari Khamis dari sebuah kawasan pergunungan yang terletak di Sa'ada.
Dakwaan bahawa serangan peluru berpandu Yaman ke atas Mekah adalah mengarut: Iran.
Jangan Gunakan Simbol Agama Untuk Capai Objektif Rendah Kamu: Iran Kepada Saudi dan UAE.
29 Oktober 2016 - 13:23
News ID: 788544
Iran telah memanggil Arab Saudi dan UAE untuk berhenti daripada terus menggunakan simbol-simbol agama Islam dalam mencapai obejktif-objektif remeh mereka setelah rejim Riyadh mendakwa bahawa Yaman telah menyasarkan bandar suci Mekah di dalam sebuah serangan peluru berpandu.