Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 30 militan daripada kumpulan Jabhat Fatah al-Sham termasuk seorang pemimpin mereka yang bercadang untuk melancarkan serangan ke atas posisi tentera kerajaan di Aleppo terbunuh apabila pihak tentera Rusia melancarkan serangan udara menggunakan pesawat-pesawat daripada kapal pengangkut Admiral Kuznetsov.
"Serangan intensif yang dilancarkan pada Selasa lepas mengakibatkan kerugian yang besar di pihak Jabhat al-Nusra (yang kini dikenali sebagai Jabhat Fatah al-Sham). Akibat daripada serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat Su-33 yang merupakan sebahagian daripada unit udara kapal Admiral Kuznetsov, sebuah formasi Jabhat al-Nusra dimusnahkan di wilayah Idlib," kata Mejar Jeneral Igor Konashenkov.
Menurut beliau juga, sumber perisikan memaklumkan bahawa 30 ahli kumpulan tersebut termasuk beberapa orang pemimpin lapangan mereka terbunuh di dalam serangan itu. Salah seorang daripada pemimpin lapangan itu juga dilaporkan sedang bersiap-sedia untuk melancarkan operasi keganasan di Aleppo.
"Pemimpin lapangan yang terbunuh, Abu Baha al-Asfari bertugas di dalam menyatukan pasukan rizab Jabhat al-Nusra yang masih tersisa di Aleppo dan Hama. Dia juga merancang dan bersiap untuk melancarkan satu lagi operasi keganasan di Aleppo," kata beliau lagi.
Rusia mula melancarkan operasi ketenteraan di Syria sejak September 2015 di bawah permintaan Presiden Syria di dalam memerangi keganasan yang menghantui negara Timur Tengah itu.
17 November 2016 - 05:58
News ID: 792475
Sekurang-kurangnya 30 militan daripada kumpulan Jabhat Fatah al-Sham termasuk seorang pemimpin mereka yang bercadang untuk melancarkan serangan ke atas posisi tentera kerajaan di Aleppo terbunuh apabila pihak tentera Rusia melancarkan serangan udara menggunakan pesawat-pesawat daripada kapal pengangkut Admiral Kuznetsov.