Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden A.S yang baharu dipilih, Donald Trump dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk melantik Mitt Romney sebagai Setiausaha Negara A.S di dalam pentadbirannya.
CNN dan NBC News melaporkan pada hari Khamis bahawa Trump akan bertemu dengan Romney pada hari Sabtu ini dan kemungkinan akan berbincang tentang menjadikan calon Presiden 2012 itu sebagai Setiausaha Negara yang baharu. Langkah itu dilihat sebagai usaha nyata Trump untuk berbaik semula dengan para anggota Republikan konservatif yang sebelumnya mengkritik keras pencalonan Trump.
Seorang sumber yang rapat dengan Trump sekaligus memiliki pengetahuan tepat berkatitan pemikiran Trump memberitahu NBC News bahawa Trump sedang mempertimbangkan Romney -seorang figur yang memiliki pandangan ortodoks Republikan- untuk menjawat jawatan ketua diplomat A.S itu. Langkah ini dikatakan dapat memperkukuhkan kedudukan Trump di dalam parti Republikan.
18 November 2016 - 09:29
News ID: 792654
Presiden A.S yang baharu dipilih, Donald Trump dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk melantik Mitt Romney sebagai Setiausaha Negara A.S di dalam pentadbirannya.