19 November 2016 - 08:35

Ribuan rakyat Malaysia turun ke jalan raya pada hari dengan berpakaian kuning di sebalik tindakan pihak polis yang menahan sebahagian penunjuk perasaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ribuan rakyat Malaysia turun ke jalan raya pada hari dengan berpakaian kuning di sebalik tindakan pihak polis yang menahan sebahagian penunjuk perasaan. Para peserta menuntut Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak supaya meletakkan jawatan berikutan sebuah skandal penyalahgunaan kuasa yang melibatkan beliau.

Para peserta berarak dari lokasi yang berbeza-beza menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur di tengah-tengah tindakan polis yang mengetatkan langkah-langkah keselamatan pada hari Sabtu. Mereka melaungkan slogan seperti 'Selamatkan Demokrasi' dan 'Bersih, Bersih'. Kumpulan pro-demokrasi bernama Bersih telah menganjurkan perarakan tersebut.

"Negara kami ditadbir oleh badut dan penjahat. Saya hadir di sini untuk memprotes perdana menteri kami," kata seorang artis bernama Fahmi Reza.

Protes itu berlangsung beberapa jam selepas penahanan beberapa individu yang terkait dengan perhimpunan itu termasuklah Pengerusi Bersih sendiri, Marina Chin.

Pihak polis juga menahan seorang lagi pemimpin Bersih iaitu Hishamuddin Rais pada hari Sabtu di kawasan di mana protes itu berlangsung.

Amnesty International telah mengkritik penahanan-penahanan tersebut sambil menyifatkannya langkah intimidasi ke atas pejuang hak asasi manusia.