24 November 2016 - 16:32
Fillon 'Mudah Berpuas Hati' Dengan Putin: Juppe.

Alain Juppe telah menuduh lawannya -Francis Fillon- di dalam pemilihan dalaman parti Republikan Perancis dalam menentukan calon presiden parti itu yang akan bertanding di dalam pilihan raya Presiden Perancis tahun 2017 sebagai mudah 'berpuas hati' dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Alain Juppe telah menuduh lawannya -Francis Fillon- di dalam pemilihan dalaman parti Republikan Perancis dalam menentukan calon presiden parti itu yang akan bertanding di dalam pilihan raya Presiden Perancis tahun 2017 sebagai 'mudah berpuas hati' dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

"Kita perlu berdialog dengan Rusia, tetapi dialog itu perlu jujur," kata Alain Juppe kepada surat khabar Ouest-France ketika merujuk kepada isu di Crimea dan Syria. Menurut pendapat calon tersebut, lawannya, Fillon terlalu 'lembut' terhadap Rusia dan 'mudah berpuas hati' dengan Putin.

Juppe sebagai contoh menganggap bahawa keamanan tidak akan kembali ke Syria selagi Bashar Assad masih kekal di sana. Akan tetapi lawannya Fillon berkata bahawa penyelesaian konflik di Syria memerlukan kerja sama rapat dengan pihak Rusia dan kerajaan Syria sendiri dalam rangka menghapuskan elemen Daesh.

Fillon juga sebelum ini menegaskan bahawa Moscow bukanlah 'satu-satunya penyebab masalah' di dalam krisis Ukraine.

Pada hari Ahad lepas, Fillon dan Juppe yang mana kedua-duanya pernah berkhidmat sebagai perdana menteri negara itu muncul sebagai pemenang di dalam pemilihan pusingan pertama parti mereka. Fillon memperolehi 44 peratus undi manakala lawannya hanya mampu mengaut 28 peratus undi.

Nicolas Sarkozy, bekas Presiden Perancis telah terkeluar daripada pemilihan tersebut dan beliau memilih untuk menyokong Fillon yang didakwa memiliki pendapat dan pendekatan yang hampir sama dengannya.

Pusingan kedua dan terakhir pemilihan itu dijangka akan berlangsung pada Ahad ini.