Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Laman sesawang WikiLeaks telah menerbitkan beberapa dokumen yang menunjukkan A.S menyokong kerajaan pimpinan bekas Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi sebelum Riyadh memulakan kempennya ke atas negara jirannya itu.
Laman sesawang itu pada hari Jumaat telah menerbitkan 500 buah laporan temasuk emel dan fail-fail PDF berkaitan dengan Pejabat Kerja Sama Ketenteraan yang beroperasi di kedutaan A.S di ibu negara Yaman, Sana'a.
WikiLeaks berkata bahawa fail-fail itu mengandungi 'bukti' yang menunjukkan Washington 'mempersenjatai, melatih dan mendanai' angkatan bersenjata Yaman selama beberapa tahun sebelum Riyadh memulakan kempennya ke atas Sana'a.
Dokumen-dokumen yang diterbitkan oleh WikiLeaks bertarikh daripada tahun 2009 hinggalah Saudi memulakan kempen keganasannya ke atas Yaman.
Pada Februari 2015, A.S menutup kedutaannya di Yaman dengan alasan keselamatan. Sebulan selepas itu Riyadh memulakan kempennya ke atas Yaman.
25 November 2016 - 18:26
News ID: 794255
Laman sesawang WikiLeaks telah menerbitkan beberapa dokumen yang menunjukkan A.S menyokong kerajaan pimpinan bekas Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi sebelum Riyadh memulakan kempennya ke atas negara jirannya itu.