Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentadbiran Obama masih berusaha untuk mencari sebuah persefahaman dengan pihak Rusia berkaitan krisis di Aleppo. A.S berharap dengan kesediaan Washington untuk membezakan kumpulan pengganas daripada kumpulan pembangkang, Rusia akan menekan kerajaan Syria untuk menamatkan kepungan ke atas kawasan timur Aleppo.
Perkara itu dilaporkan oleh Washington Post dengan menukil sebuah sumber di dalam Jabatan Negara yang mengatakan bahawa John Kerry kini giat berusaha untuk meyakinkan Rusia supaya menghentikan kepungan ke atas timur Aleppo di sebalik kenyataan bahawa beliau akan berhenti menyandang jawatan Setiausaha Negara dalam masa yang hampir.
Menurut sebuah laporan, Kerry dikatakan menyedari bahawa Trump mungkin tidak akan mengikuti jejak langkah Obama di dalam menangani krisis di Syria sekaligus meletakkan kumpulan pembangkang Syria di dalam situasi yang getir.
28 November 2016 - 20:26
News ID: 794907
Pentadbiran Obama masih berusaha untuk mencari sebuah persefahaman dengan pihak Rusia berkaitan krisis di Aleppo.