Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah pesawat F-16 milik Tentera Udara Di-Raja Jordan terhempas sejurus berlepas setelah kerana mengalami masalah teknikal.
Menurut Agensi Berita Petra, pesawat malang itu terhempas pada hari Isnin semasa sebuah sesi latihan sekaligus menyebabkan juruterbang pesawat itu terbunuh.
Agensi itu turut melaporkan bahawa juruterbang yang terbunuh itu dikenalpasti sebagai Mejar Ayed Ahmad al-De'ajah.
Jordan dilaporkan mengoperasikan 62 pesawat F-16 yang diperolehi daripada beberapa sumber.
Jordan mula membuka pintu untuk pembeliaan persenjataan moden daripada Amerika Syarikat setelah menandatangani pejanjian damai dengan Israel.
5 Disember 2016 - 13:55
News ID: 796209
Sebuah pesawat F-16 milik Tentera Udara Di-Raja Jordan terhempas sejurus berlepas setelah kerana mengalami masalah teknikal.