Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan pengganas Takfiri Daesh dilaporkan telah menawan beberapa buah perkampungan dan sebuah lapangan telaga minyak yang terletak di sekitar bandar Plamyra. Akan tetapi, kumpulan tersebut telah menghentikan serangan mereka buat masa ini. Perkara itu dinukilkan oleh RIA Novosti pada hari Isnin daripada seorang sumber yang boleh dipercayai.
"Tentera Syria telah meninggalkan penempatan Bayarat dan juga perkampungan sekitarnya. Para pengganas turut merampas telaga minyak Hiyan. Lapangan Udara Tentera T4 pada masa ini boleh dianggap sebagai kubu kuat tentera Syria dan sekutunya di kawasan tersebut," kata sumber itu.
Sumber itu turut melaporkan bahawa Daesh pada masa ini telah menghentikan serangan mereka ke atas bandar purba itu. Pihak tentera udara pula dikatakan giat melancarkan serangan udara ke atas posisi kumpulan tersebut sekaligus menghapuskan ramai pengganas dan memusnahkan kenderaan-kenderaan mereka.
Pada hari Ahad lepas, para pengganas berjaya merampas semula bandar puba itu setelah 2 hari menyerangnya secara berturut-turut. Seramai 5000 militan dilaporkan telah turut serta di dalam operasi itu dan ratusan daripada mereka dikatakan terlibat di dalam melancarkan serangan berani mati ke atas beberapa lokasi di bandar itu.
12 Disember 2016 - 15:51
News ID: 797698
Kumpulan pengganas Takfiri Daesh dilaporkan telah menawan beberapa buah perkampungan dan sebuah lapangan telaga minyak yang terletak di sekitar bandar Plamyra.