Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para pengganas daripada kumpulan Takfiri Daesh telah membunuh 28 orang awam di daerah Hawijah kerana dituduh bekerjasama dengan tentera kerajaan dan cuba untuk melarikan diri daripada kawasan itu.
Menurut seorang sumber daripada pihak Polis Kirkuk, Daesh telah melancarkan kempen pembunuhan di Hawijah yang terletak lebih kurang 55 km dari Kirkuk. Para mangsa terdiri daripada mereka yang cuba melarikan diri daripada bandar itu ataupun mereka yang dituduh bekerjasama dengan tentera Iraq. Sumber tersebut melaporkan perkara tersebut pada hari Rabu.
Sumber itu turut berkata bahawa para pengganas telah membunuh 25 orang di Hawijah yang mana kebanyakan mangsa adalah bekas anggota keselamatan Iraq.
Dia juga menambah bahawa 3 mangsa yang lain pula dibunuh di al-Rashad yang terletak di dalam Hawijah.
Hawijah terletak lebih kurang 260 km dari Baghdad dan dikuasai oleh Daesh sejak 2014.
14 Disember 2016 - 19:36
News ID: 798206
Para pengganas daripada kumpulan Takfiri Daesh telah membunuh 28 orang awam di daerah Hawijah kerana dituduh bekerjasama dengan tentera kerajaan dan cuba untuk melarikan diri daripada kawasan itu.