23 Disember 2016 - 16:06
Tentera A.S Adalah Yang Terkuat Di Sepanjang Sejarah Manusia: Washington

Jabatan Negara Amerika Syarikat percaya bahawa tentera negara itu adalah angkatan tentera yang terkuat yang pernah dilihat di sepanjang sejarah manusia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jabatan Negara Amerika Syarikat percaya bahawa tentera negara itu adalah angkatan tentera yang terkuat yang pernah dilihat di sepanjang sejarah manusia. Perkara itu dinyatakan oleh jurucakap jabatan itu, John Kirby ketika memberikan komen terhadap kenyataan Putin yang mengatakan bahawa Rusia lebih kuat berbanding dengan setiap negara yang berpotensi untuk menyerangnya.

"Saya tidak fikir bahawa pernah ada sebuah kekuatan ketenteraan yang mempunyai kemampuan, kebijaksanaan, kekuatan, kepimpinan dan sumber yang mencukupi seperti yang dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat pada hari ini," kata Kirby kepada para wartawan.

Presiden Persekutuan Rusia sebelum ini mengatakan bahawa Rusia lebih kuat berbanding dengan setiap negara yang mempunyai potensi untuk menyerangnya. Beliau menambah dengan memberi amaran bahawa negara itu tidak boleh menarik nafas lega ataupun leka kerana sebarang bentuk kesilapan boleh mengubah situasi yang sedia ada.