Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Washington telah mengenakan sekatan ke atas Rusia di atas apa yang didakwanya sebagai serangan siber Kremlin ke atas sistem pilihan raya Amerika Syarikat. Perkara itu dilaporkan oleh Jabatan Negara A.S pada hari Khamis.
Presiden A.S, Barack Obama berkata di dalam sebuah kenyataan bahawa langkah tersebut "adalah tindak balas yang perlu dan tepat ke atas sebarang usaha yang mahu merosakkan kepentingan A.S."
Obama berkata bahwa sekatan itu dilaksanakan sebagai tindak balas ke atas "gangguan agresif kerajaan Rusia ke atas para pegawai A.S dan " operasi siber (mereka) yang menyasarkan pilihan raya A.S."
Sekatan itu menyasarkan "GRU dan FSB, dua badan perisikan Rusia; 4 orang individu daripada GRU; 3 buah syarikat yang membekalkan bantuan perkakasan kepada operasi siber GRU," kata Presiden A.S ketika bercuti di Hawaii.
Obama turut berkata bahawa Jabatan Negara juga akan memastikan penutupan dua bangunan Rusia di Maryland dan New York yang menurutnya digunakan oleh para pegawai Rusia untuk aktiviti perisikan.
30 Disember 2016 - 05:05
News ID: 801616
Washington telah mengenakan sekatan ke atas Rusia di atas apa yang didakwanya sebagai serangan siber Kremlin ke atas sistem pilihan raya Amerika Syarikat. Perkara itu dilaporkan oleh Jabatan Negara A.S pada hari Khamis.