Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rakyat Bahrain menyertai sebuah perarakan sempena hari ulang tahun pertama pembunuhan ulama terkemuka Arab Saudi, Syeikh Nimr al-Nimr oleh rejim Riyadh.
Warga Bahrain telah turun ke jalan raya di Diraz pada hari Ahad untuk meluahkan kemarahan mereka berkaitan pembunuhan tersebut sambil menyatakan sokongan mereka terhadap ulama Bahrain, Syeikh Isa Qassim yang dilucutkan kerakyatan oleh rejim Manama pada bulan Jun lepas.
Rejim Riyadh melaksanakan hukuman mati ke atas Syeik Nir pada 2 Januari tahun lepas di sebalik tuntutan antarabangsa yang mahukan hukuman itu ditarik balik. Pembunuhan itu mencetuskan kemarahan dan kritikan antarabangsa. Beberapa protes juga diadakan di sesetengah negara untuk mengecam tindakan rejim Saudi itu.
2 Januari 2017 - 06:19
News ID: 802166
Rakyat Bahrain menyertai sebuah perarakan sempena hari ulang tahun pertama pembunuhan ulama terkemuka Arab Saudi, Syeikh Nimr al-Nimr oleh rejim Riyadh.