Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 2 orang dilaporkan cedera di dalam sebuah serangan bersenjata di sebuah restoran yang terletak di Istanbul, Turki. Pihak polis kini sibuk mencari suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut sumber, insiden itu berlaku sekitar 5.30 PM waktu tempatan apabila 2 orang mendekati restoran tersebut dengan kereta dan mula melepaskan tembakan ketika keluar daripada kenderaan itu.
Menurut CNN Turk, pemilik restoran tersebut, Osman Y. telah mengalami kecederaan di dalam serangan itu bersama dengan seorang pejalan kaki yang ditembak di bahagian dada. Penyerang kemudiannya meninggalkan tempat kejadian.
Setakat ini motif serangan masih belum dapat dipastikan dan pihak berkuasa juga belum dapat mengaitkan insiden ini dengan serangan pengganas.
6 Januari 2017 - 05:00
News ID: 803053
Sekurang-kurangnya 2 orang dilaporkan cedera di dalam sebuah serangan bersenjata di sebuah restoran yang terletak di Istanbul, Turki. Pihak polis kini sibuk mencari suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian.