6 Januari 2017 - 19:27
Austria Lakar Rang Undang-Undang Halang Penggunaan Hijab Oleh Para Penjawat Awam

Menteri Luar Austria berkata bahawa beliau sedang melakar sebuah rang undang-undang kontroversi yang akan menghalang kesemua penjawat awam negara itu termasuk guru sekolah daripada memakai hijab. Akan tetapi undang-undang itu tidak akan merangkumi simbol-simbol agama Kristian.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Austria berkata bahawa beliau sedang melakar sebuah rang undang-undang kontroversi yang akan menghalang kesemua penjawat awam negara itu termasuk guru sekolah daripada memakai hijab. Akan tetapi undang-undang itu tidak akan merangkumi simbol-simbol agama Kristian.

Seorang jurucakap kepada menteri tersebut pada hari Jumaat berkata bahawa antara perkara yang sedang dipertimbangkan untuk dimasukkan di dalam pengharaman itu adalah hijab penutup badan (jubah) dan juga pengedaran mashaf al-Quran oleh kumpulan Salafi.

Jurucakap beliau turut menukilkan Kurz berkata bahawa negara Austria bersifat mesra agama, walau bagaimanapun ia adalah sebuah negara sekular.

Di sebalik kenyataan itu, salib yang merupakan simbol agama Kristian akan dibenarkan diletakkan di sekolah.