Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan polis anti-rusuhan Turki telah menggunakan bom pemedih mata dan meriam air untuk membubarkan sebuah protes yang dirancang untuk membantah sebuah draf yang dibuat dalam usaha pari pemerintah untuk meluaskan kuasa presiden negara itu.
Keganasan tercetus pada hari Isnin selepas para penunjuk perasaan yang terdiri daripada penyokong Parti Rakyat Republikan (CHP), Pertubuhan Peguam Turki dan beberapa NGO berkumpul di luar parlimen Turki yang terletak di Ankara. Mereka berkumpul untuk menyatakan kemarahan mereka ke atas sebuah draf baharu yang akan memberikan kuasa tambahan kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Perubahan itu telah diusulkan pada hari yang sama dalam usaha parti pemerintah untuk memberikan kuasa yang lebih luas kepada presiden negara tersebut. Draf itu turut membenarkan Erdogan untuk berkuasa selama 2 penggal lagi di mana setiap penggal mempunyai tempoh 5 tahun.
9 Januari 2017 - 19:09
News ID: 803924
Pasukan polis anti-rusuhan Turki telah menggunakan bom pemedih mata dan meriam air untuk membubarkan sebuah protes yang dirancang untuk membantah sebuah draf yang dibuat dalam usaha pari pemerintah untuk meluaskan kuasa presiden negara itu.