1 Mac 2017 - 19:54
Tentera Syria Masuki Kawasan Yang Dikawal Daesh Di Palmyra

Angkatan Tentera Arab Syria dan sekutunya dilaporkan telah memasuki bandar purba Palmyra yang jatuh ke tangan kumpulan pengganas Takfiri Daesh untuk kali yang kedua beberapa bulan yang lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Angkatan Tentera Arab Syria dan sekutunya dilaporkan telah memasuki bandar purba Palmyra yang jatuh ke tangan kumpulan pengganas Takfiri Daesh untuk kali yang kedua beberapa bulan yang lepas.

"Pihak tentera telah memasuki kawasan kejiranan barat Palmyra dan menguasai sebahagian daripadanya," kata Rami Abdel Rahman yang merupakan ketua Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria kepada AFP pada hari Rabu.

Sebelum itu, kumpulan media milik Hizbullah turut melaporkan bahawa tentera Syria dan para pejuang sekutu mereka telah menawan kembali Kubu Palmyra yang terletak di pinggir barat bandar itu.

Pihak tentera juga berjaya menubuhkan kawalan ke atas kompleks istana yang terletak di barat daya bandar yang sama.

Seorang sumber daripada pihak tentera Syria turut memberitahu Reuters bahawa tentera negara Arab itu dengan sokongan udara tentera udara Rusia telah meneruskan kemaraan mereka di dalam masa beberapa hari ke kawasan pinggir bandar Palmyra yang dikenali sebagai Tadmur di dalam bahasa Arab. Dia juga berkata bahawa "kemaraan tentera itu ke kawasan dalam bandar akan bermula tidak lama lagi."

Perkembangan itu berlaku pada hari yang sama ketika tentera Syria mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan semula sebuah kawasan yang dikenali sebagai "segitiga Palmyra."

/315