Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat memboikot sebuah sesi Majlis Mesyuarat Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang memfokuskan pencabulan hak asasi manusia oleh rejim Israel ke atas warga Palestin. Mereka menyatakan sikap berat sebelah badan yang disertai beberapa negara itu ke atas Israel sebagai punca kepada tindakan boikot itu.
Jurucakap Jabatan Negara A.S, Mark Toner berkata Washington memboikot sesi hari Isnin UNHRC yang memfokuskan rekod hak asasi manusia Israel.
"A.S secara keras dan tanpa ragu menentang kewujudan Perkara 7 UNHRC: 'Situasi hak asasi manusi di Palestin dan wilayah Arab yang dijajahi," tambahnya.
Agenda Perkara 7 adalah sebuah program khas yang menuntut UNHRC untuk membincangkan sebanyak 3 kali setahun pencabulan hak asasi yang dilancarkan oleh rejim Zionis ke atas warga Palestin.
/315
20 Mac 2017 - 20:02
News ID: 818995
Amerika Syarikat memboikot sebuah sesi Majlis Mesyuarat Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang memfokuskan pencabulan hak asasi manusia oleh rejim Israel ke atas warga Palestin. Mereka menyatakan sikap berat sebelah badan yang disertai beberapa negara itu ke atas Israel sebagai punca kepada tindakan boikot itu.