Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Komander Angkatan Tentera Udara Sudan, Salahuddin Abdul Khaliq Saeed pada hari Ahad memberitahu media bahawa pihaknya hampir mencapai persetujuan terakhir dengan negara Rusia untuk membeli beberapa pesawat Sukhoi-35 daripada Moscow.
Abdul Khaliq memberitahu Sputnik bahawa Rusia akan membekalkan negaranya dengan beberapa buah pesawat tempur Sukahoi-35 di dalam sebuah kontrak yang akan dimeterai dalam masa terdekat sambil berkata negaranya mempunyai keyakinan terhadap sistem persenjataan Rusia.
Beliau turut berkata bahawa kumpulan pesawat yang akan diterima daripada pihak Rusia akan memperkukuhkan sistem pertahanan Sudan dan juga mengamankan negara itu daripada ancaman-ancaman yang dihadapinya.
/315
26 Mac 2017 - 18:27
News ID: 820128

Komander Angkatan Tentera Udara Sudan, Salahuddin Abdul Khaliq Saeed pada hari Ahad memberitahu media bahawa pihaknya hampir mencapai persetujuan terakhir dengan negara Rusia untuk membeli beberapa pesawat Sukhoi-35 daripada Moscow.