4 April 2017 - 17:09
EU Bidas Israel Kerana Memusnah Dan Merampas Rumah Palestin

Kesatuan Eropah mengecam tindakan Israel yang meneruskan polisi memusnah dan merampas rumah-rumah milik warga Palestin di Tebing Barat sambil menyeru mereka untuk menghentikan amalan itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA) - Kesatuan Eropah mengecam tindakan Israel yang meneruskan polisi memusnah dan merampas rumah-rumah milik warga Palestin di Tebing Barat sambil menyeru mereka untuk menghentikan amalan itu.

Duta Besar EU ke kawasan yang diduduki itu, Lars Faaborg-Andersen melemparkan kritikan itu di dalam sebuah mesej kepada Pengarah Kementerian Luar Israel, Yuval Rotem di dalam sebuah mesyuarat yang berlangsung pada minggu lepas. Mesyuarat itu disertai oleh perwakilan daripada kesemua negara anggota EU.

"Amalan penguatkuasaan seperti pemindahan paksa, menghalau keluar, memusnah dan merampas rumah serta aset kemanusiaan (termasuk yang dibiayai oleh EU sendiri) di samping menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan sama sekali bertentangan dengan tanggungjawab Israel di bawah undang-undang antarabangsa," kata Lars Faaborg-Andersen.

Beliau turut menggesa dengan mengatakan, "Israel sebagai kuasa penjajah perlu memenuhi tanggungjawabnya... dan menghentikan tindakan memusnah dan merampas sekaligus membenarkan akses penuh kepada (pasukan) bantuan kemanusiaan," tambahnya lagi.

Pada bulan Februari sahaja, pihak berkuasa Israel mengeluarkan 42 arahan pemusnahan di sebuah kampung Badawi Palestin yang terletak di bahagian yang didudukinya di Tebing Barat.

/315