Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 meminta untuk mengadakan “mesyuarat tergempar” dengan ketua polis negara berhubung misteri kehilangan 5 individu baru-baru ini.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 merujuk aktivis ke-5 yang hilang – Peter Chong berkata, polis perlu bertindak pantas untuk mencari dan menyelamatkan beliau bersama 4 mangsa lain.
“Bersih amat terkejut dengan kehilangan aktivis ke-5 itu, Peter Chong.
“Sesungguhnya ini adalah hari yang amat menyedihkan bagi semua rakyat Malaysia. Kehilangan itu berlaku di negara kita dan hanya sedikit jaminan atau berita dari polis berhubung usaha mereka untuk mengesan kedudukan orang yang hilang ini.
“Bersih meminta satu mesyuarat tergempar dengan IGP (ketua polis negara) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tindakan polis untuk mencari orang yang hilang ini.”
FMT hari ini melaporkan kehilangan Peter dengan memetik anaknya, Darryl sebagai berkata, mereka tiada khabar berita mengenai ayahnya hampir 3 hari.
Peter ialah seorang aktivis yang pernah bekerja sebagai pembantu kepada Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.
9 April 2017 - 19:02
News ID: 822924
Pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 meminta untuk mengadakan “mesyuarat tergempar” dengan ketua polis negara berhubung misteri kehilangan 5 individu baru-baru ini.