Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Masjid terbesar penganut mazhab Syiah di Sweden dilaporkan terbakar akibat daripada perbuatan khianat, lapor polis tempatan pada hari Isnin.
Masjid Imam Ali yang terletak di utara Stockholm menurut polis, telah dibakar oleh pelaku yang masih belum dikenalpasti.
"Kami mengesyaki bahawa (masjid itu) dibakar dari luar," kata jurucakap polis, Lars Bystrom yang dinukilkan oleh stesyen televisyen Sweden, SVT.
Menurut perwakilan masjid itu, sekitar 30 hingga 50 peratus daripada bangunan masjid itu mengalami kerosakan teruk.
Setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan berhubung dengan insiden yang berlaku di daerah Jarfalla itu.
Sweden pada bulan lepas dikejutkan oleh serangan pengganas yang menggunakan trak untuk merempuh ke arah pejalan kaki berdekatan dengan sebuah pusat membeli-belah pada bulan lalu sekaligus menyebabkan lima orang terbunuh.
/315
1 Mei 2017 - 13:27
News ID: 827143
Masjid terbesar penganut mazhab Syiah di Sweden dilaporkan terbakar akibat daripada perbuatan khianat, lapor polis tempatan pada hari Isnin.