Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Istana Buckingham pada Khamis mengumumkan tiada yang perlu dibimbangkan mengenai kesihatan Ratu Elizabeth II dan suami baginda, lapor agensi berita China Xinhua.
Seorang pegawai berkata demikian, selepas media tempatan melaporkan satu mesyuarat tergempar luar biasa membabitkan pembantu paling kanan Ratu telah diadakan.
Ia sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai kesihatan Raja berusia 91 tahun dan suami baginda Putera Philip yang bakal mencecah usia 96 pada bulan depan.
Mesyuarat tergempar kakitangan kerabat di raja telah diadakan tetapi tiada apa yang luar biasa berlaku, kata pegawai berkenaan. - Bernama
/315
4 Mei 2017 - 19:10
News ID: 827836

Istana Buckingham pada Khamis mengumumkan tiada yang perlu dibimbangkan mengenai kesihatan Ratu Elizabeth II dan suami baginda, lapor agensi berita China Xinhua.