Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Liaqat Ali Khan, seorang pensyarah di Universiti Washburn percaya bahawa perjanjian penjualan senjata di antara Washington dan Riyadh adalah sebuah "mala petaka" buat rantau Timur Tengah.
Dia juga mengatakan bahawa tindakan tersebut akan terus mewujudkan lebih banyak ketidakstabilan di rantau tersebut dan menganggapnya sebagai sebuah "percubaan terdesak" Washington untuk mencipta pekerjaan di Amerika Syarikat.
"Berhubung perjanjian itu, saya berpendapat bahawa perkara itu akan diteruskan di sebalik tentangan sesetengah pihak di Dewan Senat A.S. Perkara ini akan diteruskan kerana A.S kini terlalu bergantung kepada kompleks industri senjata mereka," katanya kepada Press TV pada hari Khamis.
"Jadi ribuan pekerjaan akan dibiaya oleh industri ini dan kerana itulah mereka memerlukan peperangan dan negara yang akan membeli perkakasan dan persenjataan mereka," katanya lagi.
Presiden A.S menandatangani perjanjian bernilai USD 110 bilion dengan Arab Saudi ketika lawatan sulungnya ke negara Arab itu. -ABNA24
/315
25 Mei 2017 - 14:19
News ID: 831890
Liaqat Ali Khan, seorang pensyarah di Universiti Washburn percaya bahawa perjanjian penjualan senjata di antara Washington dan Riyadh adalah sebuah "mala petaka" buat rantau Timur Tengah.