Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinngi Iran, Syed Ali Khamenei menyatakan kekesalan beliau berhubung konflik berterusan yang dialami oleh umat Islam di Yaman, Syria, Bahrain dan Libya khususnya di bulan suci Ramadhan.
"Kerajaan Arab Saudi membedil Yaman di malam dan siang hari dalam upaya menekan (warga) Yaman. Speastinya perkara ini adalah sebuah kesilapan," kata beliau.
"Kerajaan Arab Saudi perlu tahu bahawa mereka tidak akan pernah berjaya untuk mencapai objektif sekalipun jikalau perkara ini berlanjutan selama 10 atau 20 tahun lagi. Mereka pasti gagal mengalahkan warga Yaman. Perkara ini adalah sebuah jenayah ke atas mereka yang tidak bersalah dan ia tidak akan pernah membuahkan hasil," tambahnya lagi.
Pemimpin Tertinggi Iran juga mengecam kehadiran Arab Saudi di dalam krisis di Bahrain yang menyaksikan warga negara itu turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka daripada kepimpinan negara itu. Beliau menyifatkan campur tangan Arab Saudi itu sebagai sesuatu yang tidak rasional dan mengatakan bahawa satu-satunya cara untuk meredakan kemarahan rakyat di sana adalah dengan mengadakan dialog dan perbincangan dengan mereka.
Beliau juga mengecam tindakan Arab Saudi di dalam menetapkan polisi di Bahrain sambil menyifatkan perkara itu sebagai tidak bijak dan akan hanya menimbulkan lebih banyak masalah.
Adalah salah dan tidak berkesan untuk memaksakan kehendak seseorang ke atas sesuatu bangsa, katanya. Beliau turut menambah dengan mengatakan bahawa polisi sedemikian tidak akan membuahkan hasil sekalipun disokong oleh dana yang sangat besar.
Ayatullah Khamenei juga mengkritik kehadiran kuasa asing di Syria yang berlawanan dengan kehendak kerajaan sah Damsyik serta warga negara Arab tersebut. Beliau menambah dengan mengatakan bahawa krisis di Syria perlu diselesaikan melalui dialog.
Pemimpin Revolusi Islam Iran itu kemudian mengatakan bahawa para musuh sedang melancarkan perang proksi di Syria, Bahrain dan Yaman. -ABNA24
/315
5 Jun 2017 - 04:52
News ID: 834299
Pemimpin Tertinngi Iran, Syed Ali Khamenei menyatakan kekesalan beliau berhubung konflik berterusan yang dialami oleh umat Islam di Yaman, Syria, Bahrain dan Libya khususnya di bulan suci Ramadhan.