18 Jun 2017 - 13:56
Kapal Perang, Kargo Berlanggar, 7 Maut

Tujuh kelasi maut selepas sebuah kapal perang Angkatan Laut Amerika Syarikat (AS) bertembung dengan sebuah kapal kargo, kelmarin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tujuh kelasi maut selepas sebuah kapal perang Angkatan Laut Amerika Syarikat (AS) bertembung dengan sebuah kapal kargo, kelmarin.

Laporan Independent mengatakan dua lagi mangsa termasuks seorang kapten sedang dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil.

Jabatan Maritim Jepun, angkatan pengawal pantai Jepun dan angkatan laut AS kini sedang berusaha menstabilkan kapal perang USS Fitzgerald yang terlibat.

Akibat perlanggaran berkenaan, USS Fitzgerald mengalami kerosakan di bahagian tengah kanan dan bocor di beberapa lokasi.

Tiga bahagian kapal USS Fitzgerald kini dipenuhi air.

USS Fitzgerald dilaporkan berlanggar dengan kapal kargo ACX Crystal dari Filipina pada jam 6.30 petang pada Jumaat.