Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Kementerian Rusia, Maria Zakharova pada hari Khamis berkata bahawa peningkatan keupayaan ketenteraan Amerika Syarikat di selatan Syria mencabuli undang-undang antarabangsa.
Amerika Syarikat pada minggu leoas telah memindahkan sistem pelancar roket berganda mudah alih dari Jordan ke kem operasi khas A.S di At-Tanf.
"Proses peningkatan keupayaan yang giat dijalankan oleh A.S ke atas kehadiran ketenteraan mereka di wilayah selatan negara Syria yang berdaulat mencabuli undang-undang antarabangsa," kata Zakharova kepada para pemberita di dalam sebuah taklimat mingguan kementerian tersebut.
Pakatan yang diketuai oleh Amerika Syarikat telah menyerang pasukan pro-Damsyik sebanyak dua kali di kawasan At-Tanf.
Kehadiran tentera Amerika Syarikat di Syria secara keseluruhannya tidak mendapat sebarang restu daripada kerajaan sah di Damsyik. -ABNA24
/315
22 Jun 2017 - 08:58
News ID: 838065
Jurucakap Kementerian Rusia, Maria Zakharova pada hari Khamis berkata bahawa peningkatan keupayaan ketenteraan Amerika Syarikat di selatan Syria mencabuli undang-undang antarabangsa.