8 Julai 2017 - 06:31
A.S, Rusia Capai Persetujuan Berhubung Perdamaian Di Syria

Amerika Syarikat dan Rusia telah mencapai persetujuan berhubung perdamaian di barat daya Syria, kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov pada hari Jumaat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat dan Rusia telah mencapai persetujuan berhubung perdamaian di barat daya Syria, kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov pada hari Jumaat.

Beliau berkata bahawa Presiden Vladimir Putin dan Presiden Amerika, Donald Trump telah mencapai persetujuan berhubung perjanjian damai tersebut ketika kedua-dua pemimpin dunia itu bertemu di luar persidangan G20 yanng dianjurkan di Hamburg, Jerman. Lavrov berkata gencatan senjata itu akan mengambil kesan pada 9 Julai nanti.

Tiga orang pegawai A.S yang tidak mahu dinamakan kerana mereka tidak dibenarkan untuk membahaskan isu perdamaian secara terbuka berkata bahawa perjanjian damai itu akan mengambil kesan pada hari Ahad petang mengikut waktu tempatan. Mereka walau bagaimanapun tidak menerangkan berkenaan perjanjian itu termasuk proses implementasinya secara terperinci.

Perjanjian itu terpisah daripada "zon nyah-ketegangan" yang tercipta melalui perantaraan Rusia, Iran dan Turki ketika Dialog Astana pada bulan Mei lepas.

Syria menyaksikan konflik yang dibawa oleh militan antarabangsa sejak Mac 2011. -ABNA24

/315