Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Parti Buruh Britain, Jeremy Corbyn mengecam Mahkamah Tinggi U.K yang membenarkan kerajaan London untuk terus meluluskan penjualan senjata kepada rejim Riyadh.
Corbyn pada hari Isnin berkata bahawa mahkamah itu telah memberikan asas perundangan kepada eksport senjata. Akan tetapi, perkara ini tidak bermakna kerajaan telah bertindak secara beretika.
Beliau membuat komen itu di dalam sesi parlimen di mana Perdana Menteri Britain, Theresa May menganggap keputusan Mahkamah Tinggi sebagai bukti bahawa sistem eksport senjata Britain berfungsi dengan baik.
Perkembangan terkini itu berlaku selepas Mahkamah Tinggi di London menyemak semula rayuan yang menentang penjualan senjata kepada Arab Saudi. Mereka kemudiannya memutuskan bahawa penjualan senjata itu tidak bertentangan dengan undang-undang.
Rayuan itu dibuat berasaskan laporan-laporan yang menunjukkan bahawa senjata tersebut telah digunakan oleh rejim Arab Saudi untuk melakukan pencabulan undang-undang antarabangsa di Yaman. -ABNA24
/315
11 Julai 2017 - 10:10
News ID: 841689
Pemimpin Parti Buruh Britain, Jeremy Corbyn mengecam Mahkamah Tinggi U.K yang membenarkan kerajaan London untuk terus meluluskan penjualan senjata kepada rejim Riyadh.