Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Syria berkata bahawa Amerika Syarikat dan Britain membekalkan bahan kimia kepada kumpulan militan yang beroperasi di negara Arab itu.
Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal Mekdad pada hari Rabu berkata bahawa bahan toksik yang ditemui di bandar Aleppo dan Damsyik dibuat di A.S dan juga Britain, lapor agensi berita Syria, SANA. Beliau membuat kenyataan itu di dalam sebuah sidang akhbar yang berlangsung di pejabat kementeriannya yang terletak di Damsyik.
Beliau juga memanggil Pertubuhan behubung Sekatan ke atas Senjata Kimia (OPCW) untuk menyiasat tindakan negara-negara tersebut di negara Arab itu.
Mekdad turut berkata bahawa kuasa Barat sejak permulaan krisis di Syria kerap kali menyalahkan Damsyik di atas penggunaan senjata kimia di dalam konflik di negara itu. Beliau menambah bahawa mereka melemparkan tuduhan itu berdasarkan dakwaan palsu yang dibuat oleh kumpulan pengganas ke atas kerajaan Damsyik.
Timbalan menteri itu turut menegaskan bahawa A.S bahkan telah menggunakan dakwaan palsu itu untuk melancarkan serangan ke atas pekan Khan Shyakhun yang terletak di Idlib tanpa melakukan sebarang siasatan ke atas dakwaan pengganas itu.
Beliau turut mengatakan bahawa kerajaan Damsyik telahpun menyelesaikan penyiasatan mereka ke atas kes itu dan telahpun menawarkan hasil siasatan tersebut kepada OPCW.
"Syria telahpun menerima jawatankuasa pencari fakta OPCW (sebelum ini) dan (kami) juga membuka kesemua pintu di hadapan mereka untuk melancarkan siasatan. Akan tetapi, mereka menolaknya," kata Mekdad sambil menegaskan bahawa perkara itu ditolak mereka kerana tidak menguntungkan agenda A.S.
Kerajaan Syria sebelum ini telah menyerahkan keseluruhan senjata kimia mereka di bawah sebuah perjanjian yang dirunding di antara A.S dan Rusia pada tahun 2013. -ABNA24
/315
17 Ogos 2017 - 07:07
News ID: 848768
Syria berkata bahawa Amerika Syarikat dan Britain membekalkan bahan kimia kepada kumpulan militan yang beroperasi di negara Arab itu.