Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia berkata bahawa kumpulan pengganas Takfiri Daesh sedang berusaha untuk mengelakkan kubu terakhirnya di Syria daripada jatuh kepada tentera kerajaan Damsyik dengan menempatkan pasukan dan senjata berat milik kumpulan itu di barat bandar Deir ez-Zour.
Kementerian Pertahanan Rusia pada hari Ahad berkata bahawa operasi bersama di antara tentera Syria dan pasukan udara Rusia berdekatan pekan Ghanem Ali yang terletak di wilayah Raqqah telah membunuh 800 orang anggota kumpulan pengganas Daesh, lapor Rusia Today pada hari Isnin.
Di antara mereka yang terbunuh adalah "pasukan (Daesh) yang paling kuat dan paling lengkap dengan senjata (yang beroperasi) di lembah Sungai Furat," baca laporan itu.
Kementerian itu turut menyiarkan beberapa video klip yanng menunjukkan beberapa fasa serangan udara di Ghanem Ali.
"Susulan daripada operasi tentera Syria dan pasukan udara Rusia yang berjaya di kawasan Ghanem Ali," para penggnas Daesh sedang "berusaha untuk kembali menyusun pasukan mereka dan memperkukuhkan kedudukan defensif milik kumpulan itu di kawasan Deir ez-Zour," baca laporan itu.
Menurut kementerian itu, pergerakan tergesa-gesa Daesh ke arah Deir ez-Zour menunjukkan bahawa kumpulan itu menerima telah menerima hakikat bahawa kawasan itu adalah kubu terakhir mereka di bumi Syria. -ABNA24
/315
29 Ogos 2017 - 08:23
News ID: 851119
Rusia berkata bahawa kumpulan pengganas Takfiri Daesh sedang berusaha untuk mengelakkan kubu terakhirnya di Syria daripada jatuh kepada tentera kerajaan Damsyik dengan menempatkan pasukan dan senjata berat milik kumpulan itu di barat bandar Deir ez-Zour.