Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Rodrigo Duterte, berkata pertempuran tiga bulan menentang penyokong Daesh yang menawan beberapa bahagian di selatan Filipina kini berada pada tahap terakhir.
Duterte memberi penilaian itu sejurus tentera kerajaan merampas semula jambatan penting di Marawi, membolehkan mereka memasuki lebih mudah ke kawasan yang dikuasai militan.
"Kami di tahap terakhir.
Kami akan menghantar segera polis, walaupun menggunakan pengangkutan udara ke Marawi," kata Duterte.
Penyerang pro Daesh menawan Marawi pada 23 Mei lalu, mencetuskan pertempuran yang meragut hampir 800 nyawa.
Peperangan yang termasuk kempen udara dibantu Amerika Syarikat menentang militan, memusnahkan sebahagian besar Marawi.
Duterte dan penganalisis keselamatan berkata, militan melancarkan serangan dalam usaha menubuhkan pangkalan Daesh di Asia Tenggara.
Semalam, Duterte memberi amaran walaupun pertempuran di Marawi berakhir, militan masih akan melancarkan serangan di tempat lain di Filipina, terutama di selatan yang menjadi pangkalan penduduk minoriti Islam.- AFP
31 Ogos 2017 - 15:03
News ID: 851605
Presiden Rodrigo Duterte, berkata pertempuran tiga bulan menentang penyokong Daesh yang menawan beberapa bahagian di selatan Filipina kini berada pada tahap terakhir.