Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pendakwa Raya Awam Qom, Mahdi Kahe telah memfailkan tuntutan mahkamah berhubung insiden letupan gas di jalan Arak yang setakat ini telah meragut nyawa lima orang awam di bandar itu. Berhubung perkara itu pemilik premis tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Hotel Aftab yang terletak berdekatan dengan Makam Hazrat Fatimah Masumah pada petang hari ini dilaporkan meletup akibat daripada kebocoran gas. Angka korban terbaru daripada insiden letupan gas di Qom kini mencecah lima orang di mana 4 orang daripada mereka adalah wanita dan bakinya adalah seorang lelaki.
Di dalam insiden yang sama, 15 orang telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjutan. ABNA24
/315