Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa agama yang tidak suka akan penggunaan akal untuk memahami teks Islam mempunyai pendirian bertentangan dengan pandangan diamalkan sarjana Islam di peringkat awal pembangunan perundangan Islam, kata seorang ahli teologi.
Bercakap di forum anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) tentang soal “Adakah taakulan ancaman kepada kepercayaan dan masyarakat?”, Isham Pawan Ahmad berkata penggunaan akal membolehkan Imam Shafi’i mencabar idea agama pada zamannya termasuk Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, dua imam yang mana ajaran mereka membawa kepada terbangunnya mazhab Maliki dan Hanafi dalam aliran Sunnah.
Isham berkata sekiranya kritikan Shafi’i terhadap sarjana lain dilakukan pada zaman ini di mana pandangan yang menentang dibisukan, beliau juga akan menghadapi masalah dengan pihak berkuasa.
“Pihak berkuasa agama akan tangkap beliau,” kata pensyarah teologi itu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.
Isham berkata Shafi’i menentang banyak idea Imam Malik.
Beliau berkata Nabi Muhammad juga memberontak terhadap masyarakat pada peringkat awal kenabian.
“Islam agama yang mencabar idea mengenai autoriti. Kalau bukan kerana nabi memberontak terhadap autoriti pada zaman itu, Islam tidak akan dapat didirikan,” katanya.
Isham menambah tindakan nabi mencabar status quo mengundang kemarahan pemimpin Arab pada masa itu.
“Seruan Nabi Muhammad tidak akan ditolak sekiranya nabi tidak menyeru kepada mewujudkan masyarakat yang sama rata, di mana tidak akan ada pemimpin bangsawan Arab.”
23 Oktober 2017 - 02:28
News ID: 861988
Pihak berkuasa agama yang tidak suka akan penggunaan akal untuk memahami teks Islam mempunyai pendirian bertentangan dengan pandangan diamalkan sarjana Islam di peringkat awal pembangunan perundangan Islam, kata seorang ahli teologi.