23 November 2017 - 17:05
Daesh Sembelih 15 Anggota Kumpulan Sendiri Di Afghanistan

Kumpulan pengganas Takfiri Daesh dilaporkan telah menyembelih 15 orang anggota kumpulan itu di wilayah timur Afghanistan, Nangarhar berikutan percakaran dalaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan pengganas Takfiri Daesh dilaporkan telah menyembelih 15 orang anggota kumpulan itu di wilayah timur Afghanistan, Nangarhar berikutan percakaran dalaman.

Attaullah Khogyani, jurucakap pejabat gabenor wilayah tersebut pada hari Khamis berkata bahawa anggota kumpulan Takfiri tersebut dihukum mati selepas berlaku percakaran dalaman di dalam kumpulan tersebut di daerah Achin.

Daesh sebelum ini mengambil kesempatan daripada keadaan huru-hara yang wujud di Afghanistan untuk memulakan aktiviti mereka di negara tersebut. Kumpulan tersebut kerap mengambil rekrut baharu daripada anggota kumpulan Taliban yang telah berpaling tadah. Berikutan tindakan itu, berlaku beberapa pertempuran di antara kedua-dua kumpulan tersebut. -ABNA24

/315