29 Mei 2018 - 08:25
Pembantu Kanan Jong-Un Tiba Di Singapura

Pembantu kanan pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un tiba di Singapura semalam, sekali gus memberi petunjuk bahawa sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang kerap kali dibatalkan sebelum ini akan berjalan seperti dirancang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pembantu kanan pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un tiba di Singapura semalam, sekali gus memberi petunjuk bahawa sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang kerap kali dibatalkan sebelum ini akan berjalan seperti dirancang.

Stesen televisyen Jepun, NHK melaporkan, Ketua Pegawai Jong-un, Kim Chang terbang ke Singapura melalui Beijing malam tadi.

Pada masa sama, sekumpulan pegawai kerajaan AS termasuk timbalan ketua pegawai operasi Rumah Putih, Joe Hagin berlepas dari Pangkalan Udara AS Yokota di Jepun, semalam.

Menurut Rumah Putih, kumpulan pegawai berkenaan berada di Singapura untuk mengadakan pertemuan bersama delegasi dari Korea Utara.

Laporan itu memberi petunjuk bahawa perancangan untuk sidang bersejarah itu yang pada mulanya dijadualkan pada 12 Jun akan berlangsung semula, selepas dibatalkan Trump minggu lalu. - CNA