26 Januari 2019 - 18:58
Turki Cabul Perjanjian 1998 Dengan Menduduki Wilayah Syria

Kerajaan Syria telah mengecam kenyataan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mnegulas berhubung perjanjian tahun 1998 di antara Ankara dan Damsyik dengan mengatakan bahawa Turki telah melanggar perjanjian tersebut dengan menyokong "keganasan" dan menduduki wilayah Syria sejak tahun 2011.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Syria telah mengecam kenyataan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mnegulas berhubung perjanjian tahun 1998 di antara Ankara dan Damsyik dengan mengatakan bahawa Turki telah melanggar perjanjian tersebut dengan menyokong "keganasan" dan menduduki wilayah Syria sejak tahun 2011.

"Syria mengesahkan bahawa mereka (selama) ini mematuhi (kesemua komitmen mereka berhubung) Perjanjian Antara Negara Adana dalam Memerangi Keganasan dalam segala bentuk dan semua perjanjian yang berkaitan dengannya. Akan tetapi, rejim Turki telah melanggar perjanjian tersebut sejak 2011 dengan menaja dan menyokong keganasan, memberi latihan kepada anggota militan dan menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk masuk ke dalam Republik Arab Syria, ...," kata sumber yang tidak dinamakan di Kementerian Luar Negeri Syria pada hari Sabtu.

Sumber itu kemudiannya menyeru pemerintah Ankara untuk mematuhi perjanjian 1998 dan menyerahkan kawalan ke atas wilayah-wilayah sempadan kepada Damsyik. -Press TV