Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia telah memberi amaran berhubung aktiviti mencurigakan kumpulan 'White Helmet' yang didakwa sedang membuat persiapan untuk memfilemkan adegan serangan kimia di Idlib, Syria sebelum menuding jari ke tentera Damsyik.
Tindakan itu kemudiannya akan memberikan alasan 'kukuh' bagi sesetengah kuasa yang aktif di Syria untuk melancarkan tindakan agresif ke atas tentera kerajaan, lapor Rusia.
Bercakap di dalam sebuah sidang media di Moscow, jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova, berkata terdapat laporan bahawa kumpulan yang disokong oleh kuasa Barat tersebut telah memasang kamera dan peralatan yang berkaitan di beberapa hospital di seluruh Idlib untuk merakamkan video 'para mangsa' kepada serangan kimia palsu yang mereka ada-adakan. -Agensi
31 Januari 2019 - 18:26
News ID: 927187
Rusia telah memberi amaran berhubung aktiviti mencurigakan kumpulan 'White Helmet' yang didakwa sedang membuat persiapan untuk memfilemkan adegan serangan kimia di Idlib, Syria sebelum menuding jari ke tentera Damsyik.