Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif berkata bahawa semua negara perlu berusaha untuk mempermudahkan proses damai di Syria sambil menekankan bahawa tentera asing yang berada di sana tanpa persetujuan Damsyik perlu menarik keluar anggota mereka secepat mungkin.
"Semua pasukan yang berada di Syria tanpa persetujuan pemerintah sah (di Damsyik) perlu meninggalkan negara itu," kata Zarif di dalam sesi sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Negera Lubnan, Gebran Bassil di Beirut pada hari Isnin.
Beliau menambah bahawa Iran sedang berusaha untuk mencari penyelesaian politik terhadap krisis di Syria sambil menekankan bahawa sebarang bentuk penyelesaian perlu menitik-beratkan integriti wilayah negara Arab itu. -Press TV
12 Februari 2019 - 14:25
News ID: 928771
Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif berkata bahawa semua negara perlu berusaha untuk mempermudahkan proses damai di Syria sambil menekankan bahawa tentera asing yang berada di sana tanpa persetujuan Damsyik perlu menarik keluar anggota mereka secepat mungkin.