26 Februari 2019 - 17:41
Iran Berbangga Bantu Syria: Syed Ali Khamenei

Pemimpin Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengatakan bahawa Republik Islam Iran bangga kerana menjadi sekutu Syria dan menganggap Damsyik setara dengan negaranya dalam memperkukuhkan barisan muqawwamah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengatakan bahawa Republik Islam Iran bangga kerana menjadi sekutu Syria dan menganggap Damsyik setara dengan negaranya dalam memperkukuhkan barisan muqawwamah.

Ayatollah Khamenei membuat kenyataan itu pada hari Isnin di dalam sebuah pertemuan dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad di Tehran.

Pemimpin Tertinggi Iran itu turut menyebut bahawa kegigihan dan usaha berterusan rakyat dan Presiden Syria merupakan sebab utama yang memacu kepada kekalahan Amerika Syarikat dan tentara upahannya di rantau tersebut

Beliau turut berkata, "Republik Islam Iran menganggap tindakan menyokong pemerintah dan rakyat Syria sebagai (sebahagian daripada proses) membantu pergerakan muqawwamah dan dalam masa yang sama berbangga (dengan perkara itu)."

Ayatollah Khamenei menekankan bahawa kejayaan barisan muqawwamah di Syria telah menyebabkan kemarahan Amerika Syarikat sekaligus mendorong mereka untuk merancang plot baru ke atas negara Arab itu. Menurut beliau, "Isu pembentukan zon penampan yang diusahakan Amerika Syarikat merupakan salah satu di antara plot berbahaya yang mesti ditolak secara mutlak dan ditentang habis-habisan. "

Pemimpin menyatakan bahawa pelan Amerika Syarikat untuk mengekalkan kehadiran tentera mereka di sepanjang sempadan Iraq-Syria merupakan plot plot lain mereka.