26 Mac 2019 - 18:00
A.S Bakal Iktiraf Kedaulatan Israel Ke Atas Tebing Barat

Hizbullah memberi amaran bahawa Amerika Syarikat akan menggerakan langkah seterusnya di Timur Tengah dengan mengiktiraf "kedaulatan" Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki Tel Aviv melainkan dunia Arab memilih untuk bertindak sekarang dalam rangka menghalang pencabulan yang dibuat Washington di rantau tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hizbullah memberi amaran bahawa Amerika Syarikat akan menggerakan langkah seterusnya di Timur Tengah dengan mengiktiraf "kedaulatan" Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki Tel Aviv melainkan dunia Arab memilih untuk bertindak sekarang dalam rangka menghalang pencabulan yang dibuat Washington di rantau tersebut.

Setiausaha Pergerakan Hizbullah yang berpusat di Lubnan, Syed Hassan Nasrallah mengeluarkan amaran tersebut pada hari Selasa ketika memberikan ucapan yang disiarkan di kaca tv tempatan.

"Apabila seluruh dunia, khususnya negara Arab berdiam terhadap tindakan [Presiden Amerika Syarikat, Donald] Trump untuk mengisytiharkan [Baitulmuqaddis] al-Quds sebagai ibu negara Israel, perkara tersebut akan membuka jalan untuk semua pencabulan berikutnya oleh A.S," katanya.

Trump pada tahun 2017 mengiktiraf bandar suci, yang diduduki rejim Israel sebagai "ibu negara". Pada hari Isnin lepas, presiden A.S sekalig lagi mengorakkan langkah kontroversi apabila mengiktiraf "kedaulatan" rejim Israel ke atas Bukit Golan di Syria. Sebuah tindakan yanng sama sekali membelakangkan undang-undang antarabangsa. -Press TV