3 April 2019 - 14:34
Ayatollah Khamenei Puji Respon Banjir Negara Iran

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Syed Ali Khamenei memuji solidariti yang ditunjukkan oleh warga negara itu terhadap mereka yang terjejas akibat banjir yang melanda beberapa wilayah penting di negara Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Syed Ali Khamenei memuji solidariti yang ditunjukkan oleh warga negara itu terhadap mereka yang terjejas akibat banjir yang melanda beberapa wilayah penting di negara Iran.

Beliau turut berjanji bahawa pampasan akan dibayar sepenuhnya setelah usaha menyelamat selesai.

Ayatollah Khamenei berkata demikian ketika berucap di dalam sebuah pertemuan yang dihadiri oleh warga awam, para pegawai dan utusan luar negera sempena hari Eid Mab'ath yang menandakan perutusan rasmi Nabi Muhammad sebagai Rasul terakhir dari sisi Allah.

Pemimpin itu turut berkata bahawa ketika fasa permulaan operasi menyelamat tamat, masih terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mereka yang terjejas oleh banjir.

"Sepanjang musibah ini, usaha, semangat persaudaraan dan mobilisasi rakyat amat luar biasa dan bangsa Iran dengan berani telah turut serta dan membantu pihak berkuasa (di dalam operasi membantu mangsa banjir)," kata pemimpin itu. "Terima kasih kepada bantuan dan semangat perpaduan yang dengannya pihak berkuasa telah berjaya melaksanakan langkah-langkah awal." -Press TV