30 April 2019 - 18:08
Rouhani Tandatangani Undang-Undang Iktiraf Centcom A.S Sebagai Kumpulan Pengganas

Presiden Hassan Rouhani telah menandatangani undang-undang baru-baru yang sebelum ini diluluskan oleh Parlimen Iran. Undang-undang itu mengiktiraf pasukan tentera Amerika Syarikat yang berpusat di Asia Barat - atau lebih dikenali sebagai Central Command Amerika Syarikat (CENTCOM) - sebagai organisasi pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Hassan Rouhani telah menandatangani undang-undang baru-baru yang sebelum ini diluluskan oleh Parlimen Iran. Undang-undang itu mengiktiraf pasukan tentera Amerika Syarikat yang berpusat di Asia Barat - atau lebih dikenali sebagai Central Command Amerika Syarikat (CENTCOM) - sebagai organisasi pengganas.

Presiden Rouhanin menurunkan tandatangan beliau berhubung undang-undang tersebut pada hari Selasa sekaligus mewajibkan tindakan susulan oleh Kementerian Perisikan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pertahanan Iran, Majlis Keselamatan Negara Tertinggi (SNSC), Badan Keselamatan Tertinggi Negara, dan Organisasi Rancangan dan Belanjawan.

Ahli Parlimen negara itu sebelum ini pada hari Selasa mengundi untuk meluluskan undang-undang yang dibuat sebagai respon terhadap tindakan menyenarai hitamkan pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) oleh Amerika Syarikat. Undang-undang itu telah disokong oleh 173 anggota parlimen. 4 undi,menolak dan 11 abstensi turut direkodkan. -Press TV